suria

Patree Sedia Bantu Majikan

PUTRAJAYA: Pertubuhan Malaysia Bebas PATI (Patree) sedia membantu para majikan yang mempunyai masalah dengan pekerja asing mereka, terutama melibatkan pembantu rumah yang lari atau tidak berkualiti, kata Presidennya, Zul Azhar Cha.

"Bukan sahaja pembantu rumah, malah semua sektor termasuk perladangan dan perkilangan. Sekiranya apa yang dijanjikan dalam perjanjian tidak ditepati, anda boleh bawa perjanjian tersebut kepada kami, dan kami akan kaji dan bincang dengan agensi yang terlibat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zul Azhar berkata, pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun lepas itu bertujuan membantu kerajaan membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Beliau berkata, rakyat juga perlu bekerjasama membanteras gejala itu dengan membuat laporan sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenainya.

Patree juga sedia membantu mana-mana pekerja asing yang dianiaya dan kami boleh dihubungi melalui talian 012-777 7548, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain