suria

Menteri Pusat Diminta Lebih Kerap Lawat Sarawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan yakin kunjungan lebih kerap menteri pusat ke Sarawak, terutama ke kawasan luar bandar bagi meninjau keadaan setempat, akan membantu mempercepatkan kelulusan peruntukan bagi sesuatu projek.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji kepada kerajaan negeri untuk terus menghantar menteri pusat mengunjungi Sarawak memandangkan sesetengah masalah bersifat setempat dan perlu diselesaikan dengan cara berbeza daripada di tempat lain.

"Kami akan berusaha sedaya upaya menjelaskan kepada pihak pusat tentang masalah yang kami hadapi seperti masalah berkaitan pengangkutan dan komunikasi agar negeri ini tidak ketinggalaan berbanding tempat lain," katanya kepada pemberita di kediaman Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng di sini sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Chan berkata, hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri adalah satu kelebihan kepada Sarawak kerana ia memberi keutamaan terhadap pembangunan infrastruktur di luar bandar, yang termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain