suria

LKIM Pohon Peruntukan RM2 Bilion Untuk projek RMK-10

LANGKAWI: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memohon peruntukan RM2 bilion bagi pelaksanaan pelbagai projek untuk nelayan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015).

Ketua Pengarah LKIM, Datuk Mustafa Ahmad hari ini berkata, pelbagai projek kemudahan nelayan seperti pembangunan usahawan, pembinaan jeti, pembinaan unjam dan pemprosesan hasil sumber perikanan adalah antara yang akan dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, peruntukan itu bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Mengenai cadangan pembinaan jeti perkampungan nelayan Sungai Cenang di sini, Mustafa berkata, jeti itu akan memberi kemudahan kepada 250 nelayan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat ke perkampungan itu semalam mengumumkan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk membina jeti di situ bagi memenuhi keperluan nelayan di kawasan tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain