suria

Empat Kawasan Panas Pembiakan Nyamuk Aedes Dikenal Pasti

PULAU PINANG: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengenal pasti empat tempat di negeri ini sebagai kawasan panas pembiakan nyamuk Aedes.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Yasmin Sulaiman berkata, flat Kampung Melayu di Air Itam, Taman Seri Sari di Relau dan Villa Sri Kenanga serta flat Desa Riang masing-masing di Batu Uban merupakan kawasan panas yang mencatatkan sekurang-kurangnya dua kes demam denggi.

"Tujuan kita memaklumkan perkara ini bagi menyedarkan masyarakat umum terutama penduduk di kawasan berkenaan supaya lebih peka tentang situasi semasa serta peranan yang boleh dimainkan penduduk di tempat itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai hanya perlu meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di rumah.

"Sekiranya ada anggota keluarga yang demam panas, sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat kerana bimbang dijangkiti demam denggi," katanya.

Katanya, bagi sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Unit Promosi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di talian 04-2289949. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain