suria

AADK Tahan 14 Warga Tempatan Di Sempadan

BUKIT KAYU HITAM: Seramai 14 orang termasuk seorang wanita ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana didapati positif dadah selepas mereka pulang ke negara ini dari Thailand sempena Ops Perayaan Tahun Baru Cina yang berakhir hari ini.

Penolong Pengarah AADK Kedah, Mashayati Md Aris berkata, penduduk tempatan itu berusia antara 21 hingga 44 tahun itu ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di sini selepas gagal dalam ujian saringan air kencing.

"Sepanjang operasi tiga hari itu, seramai 670 orang diarah menjalani ujian saringan air kencing," katanya kepada pemberita di sini.

Mashayati berkata, kecuali wanita berumur 25 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya (ADB) kerana memasukkan dadah dalam badan, 13 lagi adalah mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Pindaan) 1998.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan lanjut ujian sampel air kencing oleh Jabatan Patologi untuk pengesahan sebelum tindakan susulan diambil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain