suria

Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Sesak

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di beberapa bahagian di Lebuhraya Utara-Selatan hari ini sesak berikutan ribuan warga kota mula kembali ke ibu negara selepas cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Jurucakap Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) berkata, kesesakan berlaku di Plaza Tol Pedas-Linggi ke kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban sejak petang ini.

"Trafik turut sesak di kawasan Yong Peng ke Machap, Karak ke Kuala Lumpur selepas tol Bentong dan arah Gombak ke Kuala Lumpur.

"Turut sesak adalah di kawasanJuru arah selatan, Bukit Tambun ke Juru, Changkat Jering ke Sungai Perak, Gopeng ke R&R Tapah dan Tanjung Malim ke Lembah Beringin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata kesesakan itu dijangka berakhir kira-kira pukul 11 malam ini.

Beliau berkata pengguna dinasihat supaya memandu dengan berhati-hati dan tidak menggunakan lorong kecemasan untuk mengelak kemalangan.

Pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik semasa bagi membantu mereka sebelum memulakan perjalanan boleh menghubungi talian 24 jam Plusline 1800-88-0000.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain