suria

Landasan Bengkok Akibat Cuaca Panas Punca 28 Gerabak KTMB Tergelincir

GURUN: Landasan mengembang dan tidak sejajar akibat cuaca panas terik menjadi punca 28 gerabak kereta api barang tergelincir di KM58.75 berdekatan Stesen Kampung Guar, Guar Chempedak, dekat, sini, semalam.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati rel besi landasan mengembang dan bengkok akibat cuaca panas.

Kerja-kerja baikpulih dijangka siap petang ini dan jadual perkhidmatan keretaa api penumpang dan barang akan kembali beropreasi seperti biasa, katanya kepada pemberita ketika meninjau kerja baikpulih landasan dan mengangkat gerabak yang terbalik dekat sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4.48 petang semalam, kereta api tersebut membawa muatan barang berasaskan getah dan sedang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain