suria

JKJR Mahu Jadikan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sebagai Jurucakap

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hari ini meminta lebih ramai mangsa yang mengalami kecacatan akibat kemalangan jalan raya tampil untuk menjadi jurucakap dalam kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh jabatan itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Suret Singh berkata setakat ini seorang mangsa kemalangan jalan raya dari Negeri Sembilan yang kehilangan kaki kirinya Khairul Azman, 22, telah dilantik sebagai jurucakap kempen keselamatan jalan raya JKJR semenjak 13 Jan lalu.

"Kita mengambil mangsa kemalangan jalan raya adalah kerana mereka boleh menyampaikan mesej dengan penuh emosi berdasarkan pengalaman ngeri mereka sendiri sekaligus mampu mendatangkan keinsafan dan kesedaran di kalangan pengguna jalan raya lain.

"Kita berharap akan ada bekas mangsa yang tampil mewakili setiap negeri untuk kempen ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan jalan raya di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini. Katanya mereka yang ingin tampil boleh berbuat demikian dengan menghantar maklumat diri menerusi e-mail di alamat www.panducermat.org.my atau menerusi laman web www.JKJR.gov.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain