suria

Suami Isteri Warga Indonesia Maut Dirempuh Bas

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga Indonesia maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung dengan sebuah bas di Jalan Datuk Keramat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kedua-dua mangsa, Abdul Rashid Sood, 43, dan isterinya Hamidah Ridi, 33, dirempuh bas berkenaan ketika motosikal mereka membelok ke satu simpang.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Timbalan Supritendan Abdullah Roning berkata, kedua-dua mangsa yang mempunyai permit kerja maut di tempat kejadian akibat rempuhan kuat bas berkenaan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila suami mangsa yang menunggang motosikal membelok ke kanan ke satu simpang tanpa memberhentikan motosikalnya terlebih dahulu.

"Bas yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemandu bas tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain