suria

Kain Rentang Dengan Portait Najib Diturunkan

PPELABUHAN KLANG: Sehelai kain rentang dengan portrait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipasang sebagai menyambut kedatangan beliau untuk perayaan Tahun Baru Cina di sini, diturunkan oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan sekali gus mencetuskan kemarahan pihak yang memasangnya.

Perayaan itu sepatutnya dijadual diadakan di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran dan kain rentang itu dipasang oleh pengusaha-pengusaha restoran serta para peniaga yang turut memasang sepanduk-sepanduk berhampiran dengan premis perniagaan mereka.

Kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menurunkan kain-kain rentang dan sepanduk-sepanduk yang dipasang di sekitar bandar ini sebagai mengalu-alukan kedatangan Najib, tanpa sebarang notis.

Wakil jawatankuasa ad-hoc Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, Yee Kok Hong, 61, berkata kain rentang Najib di bulatan Simpang Lima telah diturunkan pada kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

Katanya, beliau berasa keliru dengan tindakan MPK itu memandangkan sepanduk-sepanduk itu tidak mempunyai sebarang cogan kata politik.

Khamis lalu, kain rentang Najib berukuran 12 meter lebar dan 10 meter panjang, telah dipasang memandangkan penduduk Cina di Kampung Baru Pandamaran telah menjemput Perdana Menteri untuk majlis tersebut.

“Beliau adalah Perdana Menteri. Justeru memang sesuai kain rentang sedemikian dipasang sebagai mengalu-alukan tetamu istimewa kami," katanya.

“Peniaga-peniaga kami tidak campur soal politik, kami lihat kunjungan Najib sebagai cara untuk menggalakkan perniagaan kami. Kami berpendapat lawatan beliau akan meletakkan kampung baru kami dalam peta dan membantu menarik pelancong," kata Chan, pemilik kedai kopi itu.

Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu berkata, tindakan menurunkan kain rentang berkenaan terpaksa dibuat kerana ia tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Malahan, sepanduk atau kain rentang yang dipasang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Najib juga perlu mendapatkan permit, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain