suria

TPM Ajak Rakyat Terus Bersatu Padu Kekalkan Keamanan Negara

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak seluruh rakyat Malaysia agar terus bersatu padu demi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.

Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Cina di negara ini, Muhyiddin berkata kepelbagaian agama dan kepercayaan yang diamalkan di negara ini tidak pernah menghalang rakyat untuk terus menikmati keharmonian.

"Malah ia menjadi faktor yang mendorong rakyat Malaysia untuk terus berganding bahu bagi memastikan Malaysia aman damai dan sejahtera," katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina hari ini.

Katanya kedatangan Tahun Harimau pada tahun ini akan membawa kegembiraan dan kemewahan yang melimpah ruah kepada semua rakyat di negara ini. - BERNAMA

Artikel Lain