suria

Tony Lancar Lotus Cosworth T127 Di London

Datuk Seri Tony Fernandez serta tiga pemandu pasukan Lotus, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy semasa pelancaran Lotus Cosworth T127 di London semalam.

LONDON: Prinsipal pasukan Lotus, Datuk Seri Tony Fernandes, semalam melancarkan kereta pasukan yang bakal membawa cabaran pada perlumbaan Formulsa Satu (F1) 2010, Lotus Cosworth T127.

Pada majlis yang penuh gilang gemilang itu, Lotus buat pertama kali mempamerkan Lotus Cosworth T127 untuk musim 2010 setelah menyepi daripada persada F1 lebih 16 tahun.

Turut hadir sama semasa pelancaran tersebut, Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne serta tiga pemandu pasukan, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy, dengan disaksikan kira-kira 500 tetamu di Dewan Royal Horticultural.

Pasukan itu yang berpangkalan di Norfolk, England turut dibiayai oleh secara perkongsian antara kerajaan Malaysia dan syarikat milik Tony, Air Asia.

Pasukan Lotus sebelum ini telah bertanding dalam F1 dari tahun 1958 hingga 1994, dengan rekod memenangi 79 perlumbaan Grand Prix.

Mereka muncul sebagai salah satu daripada empat kumpulan baru pada musim ini, bersama dengan Virgin, Campos Meta dan USF1. - AP

Artikel Lain