Kerajaan Usaha Dapatkan Sokongan Kewangan Pembangunan Taman Teknologi Tinggi Senai - Semasa | mStar

Kerajaan Usaha Dapatkan Sokongan Kewangan Pembangunan Taman Teknologi Tinggi Senai

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha menyediakan pakej sokongan kewangan untuk membangunkan infrastruktur di Taman Teknologi Tinggi Senai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini. "Kerajaan akan menyediakan bantuan untuk pembangunan infrastruktur, dan jumlahnya sedang diproses oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU)", katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Senai High-Tech Park Sdn Bhd dan EQ Solar, dan MOX-Linde Gases Sdn Bhd, di sini hari ini.

Mustapa berkata kerajaan berharap dapat memutuskan tahap sokongan kewangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi memastikan kejayaan Taman Teknologi Tinggi Senai sebagai taman perindustrian berteknologi tinggi kedua negara.

RMK-10 bagi tempoh 2011 hingga 2015 dijadual diumumkan pada Jun.

Mustapa berkata sokongan kewangan itu penting bagi memastikan ia seiring Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah.

Dengan keluasan lebih 1,600 hektar di barat laut Semenanjung Malaysia, taman perindustrian berteknologi tinggi pertama itu dibuka pada 1996.

Kira-kira RM800 juta dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur di Kulim yang setakat ini menarik pelaburan bernilai RM23 bilion daripada beberapa syarikat multinasional.

"Untuk masa depan, tumpuan kerajaan seterusnya ialah untuk meneruskan kejayaan Taman Teknologi Tinggi Kulim, dengan melulus, memperakui dan menyokong Taman Teknologi Tinggi Senai," kata Mustapa.

Taman teknologi Tinggi Senai dikenal pasti oleh kerajaan sebagai pemacu utama Malaysia dalam pembuatan berteknologi tinggi selain penyelidikan dan pembangunan.

"Taman Teknologi Tinggi Senai mempunyai kelebihan kerana lokasinya yang behampiran Singapura dan di wilayah Iskandar, yang bakal menjadi kawasan terkemuka bertaraf dunia yang akan merealiasikan potensi global Malaysia," kata Mustapa.

Menteri itu berkata beberapa syarikat solar Amerika. Eropah dan China sudah menyuarakan minat untuk melabur di Malaysia, dan menambah, kerajaan merancang membangunkan kelompok syarikat solar, termasuk yang terlibat dalam bekalan bahan mentah.

Kini terdapat lima syarikat solar di Malaysia, termasuk EQ Solar, yang beroperasi di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Taman Sains Selangor 2, Melaka dan Sabah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain