Jangan Campur Tangan Hal Dalaman Malaysia - Semasa | mStar

Jangan Campur Tangan Hal Dalaman Malaysia

PETALING JAYA:Tindakan 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michael Danby dari Parti Buruh yang juga Pengerusi Hal Ehwal Luar Australia menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia semalam disifatkan sebagai tindakan untuk cuba mencampuri urusan dalaman negara ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata perbuatan itu adalah tidak sopan dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik negara di mata dunia.

"Saya mengecam tindakan 50 Ahli Parlimen tersebut yang cuba mencampuri urusan negara ini.

"Setiap negara ada undang-undang dan tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan setiap rakyat berhak mendapat keadilan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 50 penggubal undang-undang Australia yang menggesa kerajaan Malaysia supaya menggugurkan kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam dalam satu kenyataan berkata, kementeriannya akan mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta perbicaraan kes tersebut kepada mereka yang berkenaan.

Dalam pada itu Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hairan kerana kes berkenaan didkwa oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan Anwar.

"Dia adalah seorang rakyat yang mahu keadilan untuk dirinya," tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain