suria

Tujuh Kematian Hari Kelima OPS Sikap Ke-21

KUALA LUMPUR: Tujuh lagi kematian dicatat pada hari kelima Ops Sikap ke-21 semalam dengan empat daripadanya membabitkan pengguna motosikal.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata tiga lagi kematian akibat kemalangan jalan raya semalam membabitkan dua kes basikal dan satu kes kereta.

Dua kemalangan maut itu berlaku di lebuh raya, dua di jalan negeri dan masing-masing satu di jalan persekutuan, jalan bandaran dan jalan-jalan lain, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 1,066 kemalangan dicatat pada hari kelima Ops Sikap itu yang dilancar sempena sambutan Tahun Baru Cina dan daripada jumlah itu 95 kemalangan berlaku di lebuh raya, jalan persekutuan (211), jalan negeri (151), jalan bandaran (573) dan jalan-jalan lain (36).

Sebanyak 13,171 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain