suria

Orang Ramai Diminta Tampil Beri Maklumat Bayi Dibuang

MELAKA: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan yang ditemui di Masjid Permatang Duyung di sini semalam supaya tampil memberi maklumat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata sehingga kini belum ada pihak yang tampil untuk memberi maklumat mengenai bayi itu yang terdapat kesan cedera di kepalanya.

"Sehingga kini kita masih tidak dapat mengenal pasti bangsa bayi berkenaan," katanya.

Beliau berkata daripada laporan bedah siasat, didapati ada kesan kecederaan ke atas bayi itu yang berkemungkinan berpunca dari kesan terhentak semasa dia dilahirkan.

Mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat serta berbalut kain putih itu disedari ditinggalkan oleh jemaah masjid berkenaan selepas mereka selesai menunaikan solat Subuh. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain