suria

KDN Tidak Akan Berkompromi Dengan Pengedar Dadah

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi dan tetap akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau kumpulan sama ada tempatan atau rakyat asing yang didapati terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata mereka akan segera dikenakan tindakan undang-undang sebaik didapati bersalah.

"Dadah adalah musuh nombor satu negara ini. Tidak kira samada mereka warga asing atau orang tempatan, tindakan tegas tetap akan diambil.

"Tangkapan pun sudah banyak dilakukan...itu menunjukkan betapa seriusnya kita cuba menangani perkara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke beberapa kawasan panas di sekitar Brickfields di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa siri kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggagalkan usaha rakyat asing seperti Iran yang cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Abu Seman berkata pihak berkuasa mengetatkan pemeriksaan di pintu masuk negara termasuk menambah anggota yang menjalankan tugas pemeriksaan selain bantuan alat keselamatan canggih di beberapa pintu masuk seperti di Pelabuhan Klang dan sempadan Thailand. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain