suria

Tiga Adun BN Terengganu Dakwa Ketakutan Selepas Terima SMS Ugutan

KUALA TERENGGANU: Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa mereka berada dalam ketakutan selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan daripada nombor yang tidak dikenali.

Adun Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid menyatakan demikian semasa memberikan keterangan secara berasingan di hadapan Hakim M.Bakri Abd Majid.

Mereka mengaku menerima SMS yang sama yang berbunyi: "Baik YB (Yang Berhormat) jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Ketiga-tiga mereka memberi keterangan pada perbicaraan Datuk Dr Ahmad Ramzi MOhamad Zubir, 38, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang didakwa membuat ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Adun tersebut pada April tahun lepas.

Mohd Ariffin, 57, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz //ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Shahidani dan dibantu Nor Azimon Azumi dan Ooi Chooi Geok manakala tertuduh diwakili peguam Hazman, Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud manakala Alias Abdullah sebagai peguam pemerhati.

Perbicaraan bersambung 26 April. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain