Polis P.Pinang Tumpas Sindiket Kad Kredit Palsu - Semasa | mStar

Polis P.Pinang Tumpas Sindiket Kad Kredit Palsu

PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang menahan lima orang termasuk dua wanita yang merupakan anggota sindiket membuat kad kredit palsu dalam satu operasi di Prangin Mall di sini, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri ACP Roslee Chik berkata hasil risikan dan intipan sejak tiga bulan lepas, polis menahan kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu kira-kira pukul 7.30 petang.

"Semasa serbuan kesemua mereka yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan kad kredit itu sedang asyik membeli belah di pusat membeli belah berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis merampas sebuah alat skimmer yang dipercayai digunakan untuk membaca nombor akaun kad kredit dengan tepat dan beberapa barang elektrik yang baru dibeli.

Katanya polis turut merampas 33 keping kad kredit dipercayai palsu dan wang tunai sebanyak RM1,100 bersama sindiket yang bergerak aktif di Kedah dan Perak.

"Modus operandi sindiket berkenaan adalah menggunakan alat skimmer untuk merakamkan maklumat kad kredit tanpa cip yang kesemuanya melibatkan bank luar negara dan ia dipindahkan ke kad kredit palsu," katanya.

Roslee berkata kebiasaannya, pengunaan kad kredit tanpa cip digunakan pelancong asing yang datang ke negara ini untuk membeli belah.

"Ketika inilah, anggota sindiket berkenaan mencuri nombor kad kredit untuk dipalsukan dan digunakan. Setiap kad kredit palsu itu mempunyai had kredit sehingga RM20,000," katanya.

Katanya siasatan awal mendapati salah seorang lelaki yang ditahan itu telah ditangkap tujuh bulan lepas atas kesalahan sama dan kesnya masih dibicarakan di mahkamah.

"Manakala salah seorang wanita ditahan dalam serbuan berkenaan merupakan teman wanita lelaki terbabit yang dipercayai dalang sindiket itu," katanya.

Beliau berkata kesemua mereka yang merupakan rakyat tempatan kini direman sehingga esok dan kes itu disiasat menurut Seksyen 474 dan 476 Kanun Keseksaan kerana memiliki kad kredit palsu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditangguh Lagi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain