suria

Laluan Alternatif Ke Pantai Timur Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini mengumumkan beberapa laluan alternatif ke Pantai Timur bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Persekutuan 8, iaitu jalan utama ke Kota Bharu, Kelantan.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ini iaitu dari Bentong melalui Kuala Lipis ke Kota Bharu:

i. dari Lebuhraya Karak E8, keluar ke persimpangan Kampung Chinta Manis (EXIT 813A) dan menghala masuk ke Jalan Persekutuan 1498.

ii. dari Kampung Chinta Manis terus melalui Jalan 1498 ke Felda Mempaga Jaya.

iii. dari Felda Mempaga Jaya terus keluar ke simpang tiga menghala ke Felda Klau.

iv. dari Felda Klau terus ke Kampung Sungai Ruan melalui Laluan Negeri C149.

v. dari Laluan Negeri C149 terus masuk ke Laluan Persekutuan 8 menghala ke Kota Bharu melalui Kuala Lipis.

Bagi jalan alternatif dari Kuala Krai ke Kota Bahru:

i. dari Jalan Persekutuan 8, masuk ke Laluan Negeri (D225) di Kampung Sungai Peria, Kuala Krai (Seksyem 311) ke Simpang Tiga Pahi.

ii.dari Simpang Tiga Pahi terus ke Guchil melalui Jalan Negeri (D225) dan masuk ke Jalan Persekutuan 8 ke Kota Bharu.

Bagi laluan alternatif dari Bandar Kuala Krai ke Kota Bharu

i. dari laluan 8 masuk ke Jalan Negeri D233 di Bandar Krai.

ii. dari Bandar Krai terus ke Persimpangan Guchil dan masuk semula ke Jalan Persekutuan 8 menuju ke Kota Bharu.

-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain