UMNO Perlu Berhati-hati Pembangkang Ajak Berbincang - Zahid - Semasa | mStar

UMNO Perlu Berhati-hati Pembangkang Ajak Berbincang - Zahid

KUALA LUMPUR: Umno perlu berhati-hati dalam menimbang pelawaan pihak pembangkang untuk berbincang atau bekerjasama bagi mengelakkan terperangkap dengan mainan politik sempit, kata Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau percaya perkara serupa juga dilakukan parti pembangkang apabila Umno atau Barisan Nasional (BN) membuat tawaran sedemikian.

"Jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati, nanti setiap apa yang kita lontarkan, dikhuatiri akan di'putar belitkan' dan dimain-mainkan untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya memporak perandakan negara dan memecah belahkan rakyat," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang sebelum itu menerima lawatan delegasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Palapes IPTA) ke kementeriannya diminta mengulas pendirian Umno berhubung tawaran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan Umno demi kepentingan agama Islam.

Ahmad Zahid yang berpendapat perbincangan itu sebagai langkah positif bagaimanapun meminta PAS agar menetapkan pendirian sebelum memfokuskan kepada isu yang harus dibincang.

"Perbincangan itu tidak salah direalisasikan demi kepentingan negara, ummah dan juga kepentingan rakyat dengan diterjemahkan dalam bentuk ukhwah dan rasa persaudaraan tetapi dengan syarat isu-isu di hadapan kita tidak dimanipulasikan dan dipolitikkan.

"Justeru PAS harus menentukan pendirian mereka dan apabila mereka telah jelas mengenai pendirian mereka barulah kita memfokuskan kepada isu-isu yang harus dibincangkan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Umno Sentiasa Buka Pintu Rundingan Pada PAS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain