suria

Polis Sabah Siasat Laporan Kes Penculikan Di Semporna

KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang menyiasat kesahihan laporan kes penculikan yang dikatakan berlaku di Pulau Sebangkat, dekat Semporna awal hari ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

"Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah (Datuk Noor Rashid Ibrahim) pada pukul 11 pagi tadi (mengenai perkara ini), dan menurutnya pihak polis masih menyiasat untuk mengesahkan sama ada perkara itu berlaku atau tidak.

"Perkara itu masih dalam siasatan," kata Musa, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, ketika diminta mengulas khabar angin yang tersebar kononnya berlaku kes penculikan di Semporna, bahagian pantai timur Sabah.

Setakat ini, tiada maklumat atau pengesahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai kes itu. - BERNAMA