Kod Disiplin Pengusaha Bas Diperkenal Mac Ini - Semasa | mStar

Kod Disiplin Pengusaha Bas Diperkenal Mac Ini

ALOR SETAR: Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) yang diumumkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bulan lepas untuk mendisiplinkan pengusaha bas akan dikuatkuasakan Mac ini, kata Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata, kod itu akan dikuatkuasakan selepas semua 224 pengusaha bas ekspres diberi taklimat dan kursus selama dua hari mulai 23 Feb ini.

Katanya, taklimat dan kursus itu antara lain akan menekankan tentang cara pengurusan bas, membuat rekod perjalanan bas, kesihatan pemandu dan audit dalaman.

"Tindakan drastik akan diambil terhadap pengusaha yang tidak mengamalkan kod amalan ini sebaik sahaja ia dikuatkuasakan," kata Halimah kepada pemberita selepas berdialog dengan Persatuan Kereta Sewa Wilayah Utara di sini hari ini.

LPKP memperkenalkan kod itu pada 5 Januari lepas berikutan kemalangan bas syarikat Sani Ekspres yang mengorbankan 10 penumpang dekat Ipoh pada 26 Dis lepas.

Menurut Halimah, pelaksanaan kod amalan itu tertangguh kerana hampir keseluruhan pengusaha bas ekspres tidak memahami prosedurnya.

Katanya, pemasangan alat 'prompter' pada setiap kenderaan perdagangan sekarang dijadikan syarat permohonan lesen atau memperbaharui lesen bas.

"LPKP juga dalam proses menambah kakitangan supaya perkhidmatan aduan pengguna jalan raya diterima 24 jam. Sekarang ia diterima pada waktu pejabat sahaja dan selepas itu dijawab oleh mesin," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain