suria

Gangguan Bekalan Air Di Tiga Kawasan Di Lembah Klang Hari Ini

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling dan Gombak sekarang dijangka pulih sepenuhnya menjelang tengah malam ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata gangguan itu berpunca daripada kebocoran pada injap di rumah pam Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1 yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Akibat kejadian itu pengeluaran air akan berkurangan dan menjejaskan bekalan kepada kira-kira 700,000 pengguna di sekitar kawasan yang terlibat, kata kenyataan itu lagi.

Di Petaling, kawasan yang terlibat ialah Subang Jaya, Damansara, Damansara Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bandar Utama, Tropicana, Kelana Jaya, Sungei Way, Glenmarie, Lembah Subang, Seapark, Jalan Klang Lama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Damansara Kim, Damansara Intan, Sungai Buloh, Damansara Damai, Saujana Damansara, Bukit Aman Putra, dan Ara Damansara.

Di Kuala Lumpur pula melibatkan kawasan Segambut, Suria KLCC, Mont Kiara, Sri Hartamas, Damansara Heights, Jalan Ampang, Jalan U Thant, Pandan Jaya, Jalan Ipoh (Batu 3 hingga 6), seluruh kawasan taman perumahan di Ampang dan Pandan, Bandar Tasik Permaisuri, Taman Miharja, Taman Kobena, Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Taman Shamelin Perkasa.

Di Gombak kawasan terjejas ialah Bandar Sri Damansara, Desa Park City, Taman Sunway dan Desa Aman Puri.

Sebagai langkah sementara Syabas telah bertindak menggerakkan 38 lori tangki air dan 350 tangki statik bagi membekalkan air ke kawasan yang berkenaan.

Untuk keterangan lanjut para pengguna boleh hubungi talian bebas tol Puspel yang beroperasi 24 jam sehari di 1-800-88-5252 atau sms ke 39222; atau layari laman sesawang Twitter dengan menaip www.twitter.com/puspel serta membuat carian 'puspel syabas' di Facebook. - BERNAMA

Artikel Lain