suria

Gangguan Bekalan Air Di Lenggeng, Nilai, Mantin, Pajam Esok

SEREMBAN: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Lenggeng, Nilai, Mantin dan Pajam esok disebabkan kerja membaik pulih loji rawatan air Sungai Terip dekat sini.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd Azlan Abdul Aziz hari ini berkata gangguan bekalan air itu berlaku selama lapan mulai pukul 9 malam esok.

Kawasan yang terlibat ialah Enstek, Lenggeng, Taman Semarak, Mantin, Bandar Akamedia, Pajam, kuarters KLIA dan Nilai Perdana.

Sambil memohon maaf kerana kesulitan itu, Abdul Aziz menasihatkan pengguna agar menyimpan serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi syarikat itu di talian 1-800-88-6982. - BERNAMA

Artikel Lain