APMM Patah Cubaan Seludup Arak Dan Minyak Petrol Ke Negara Jiran - Semasa | mStar

APMM Patah Cubaan Seludup Arak Dan Minyak Petrol Ke Negara Jiran

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi berjaya mematah percubaan menyeludup arak dan minyak petrol ke Satun, dari sebuah bot penumpang dalam perjalanan menghantar pelancong ke Thailand di lokasi 3.3 batu knot dari barat Pulau Rebak Besar Langkawi kelmarin.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara APMM Laksamana pertama maritim Zulkifli Abu Bakar berkata kejayaan itu adalah hasil rondaan bot APMM diketuai Bintara muda maritim Masrun Hamizan bersama lima anggota.

Hasil pemeriksaan, APMM menemui 420 liter minyak petrol bersama 53 botol arak pelbagai jenis yang disembunyi di bawah tempat duduk penumpang, katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Nilai rampasan minyak petrol sebanyak RM1,176 manakala bagi 53 botol arak adalah RM5,467.79 termasuk duti eksais Kastam.

Katanya, tujuh krew bot penumpang bersama 22 pelancong dalam bot berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Bukit Malut di sini untuk siasatan lanjut.

Kesalahan ini boleh didakwa di bawah Akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam di bawah sekyen 135 (1)(e) 1967. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain