suria

Penunggang Motosikal Maut Selepas Tubuh Terlekat Di Pembahagi Jalan

PORT DICKSON: Seorang penunggang motosikal hampir putus badannya selepas tercampak di pembahagi jalan dalam satu kemalangan ngeri pada pukul 5 petang tadi di KM 11.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson hari ini.

Menurut jurucakap polis, Mohd Amiral Abdul Kadir, 20, sedang dalam perjalanan pulang dari Port Dickson ke rumahnya di Seremban bila ia hilang kawalan ke atas motosikalnya.

"Akibat keadaan itu, motosikal Amiral terbabas dan ia tercampak sebelum tubuhnya menghentam pembahagi jalan, dan tersangkut pada tiang pembahagi jalan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mangsa, pelajar sebuah kolej swasta di sini, dipercayai baru sahaja selesai menjalankan latihan praktikalnya di sebuah hotel di Port Dickson, katanya.

Dalam kejadian lain, seorang wanita berusia 21 tahun maut serta merta selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta Proton Gen 2 pada pukul 3.30 petang tadi di persimpangan Bandar Enstek, Nilai.

Nor Haliza Mohamed Hali, seorang jurutol, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut polis, wanita itu sedang dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya di Nilai dan ketika cuba memasuki simpang ke Enstek, kereta terbabit merempuhnya dari arah depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain