suria

PAS Sedia Bincang Dengan Umno – Abdul Hadi

KUCHING: PAS sedia untuk berbincang dengan Umno dalam isu-isu yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama termasuk yang berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, amalan tersebut telah menjadi dasar PAS, yang berpanjangan secara praktikal dengan kepimpinan parti mengemukakan pandangan serta pendirian mereka terhadap sesuatu isu.

"Kita tidak berperang. Kita berhujah, berdebat dan berbincang namum kita akan tegur kerajaan dalam perkara yang kita tidak bekerjasama," katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke Sarawak untuk meninjau persediaan PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu Umno dan PAS menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja bagi membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam.

Mengenai pilihan raya negeri, beliau berkata PAS belum lagi menentukan jumlah kerusi dewan undangan negeri yang bakal ditandingi dan akan berbincang dengan Pakatan Rakyat untuk membuat pembahagian secara strategik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain