suria

Lelaki Rentung Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

KUANTAN: Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar selepas merempuh sebuah kereta lain di Kilometer 139.9 Jalan Kuantan-Seremban dekat Rompin, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata ketika kejadian, mangsa Mohd Amirudin Abd Rahman, 31, dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Seremban kira-kira 7.50 malam.

Beliau berkata mangsa gagal mengawal kereta jenis Mazda sebelum dia bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan itu dipercayai menyebabkan kereta yang dipandu mangsa meletup dan terbakar dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri itu kemudiannya ditemui dalam keadaan rentung," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya mayat mangsa kemudian dibawa Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat sementara pemandu kereta Proton Wira yang berusia 22 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di hospital sama.

Kes tersebut, katanya akan disiasat di bawah Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah Rompin di talian 09-4145222 untuk membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain