suria

Rumah Kedai Musnah Terbakar, Tiga Terselamat

RAWANG: Sebuah rumah kedai tiga tingkat di Medan Tasik Puteri, Jalan 7/2, Bandar Tasik Puteri di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizan Saad berkata, dalam kejadian pukul 9.40 pagi, tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak, terperangkap di tingkat bawah rumah kedai itu.

"Bomba yang tiba 10 minit selepas kejadian berjaya mengeluarkan ketiga-tiga mereka tanpa sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Norizan berkata, pihaknya yang mendapat panggilan pada 9.44 pagi telah menghantar 28 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Rawang, Bestari Jaya dan Sungai Buloh.

Menurutnya, mereka mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.

Norizan berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain