Pencari Daun Palas Hilang Ditemui Mati - Semasa | mStar

Pencari Daun Palas Hilang Ditemui Mati

KANGAR: Seorang pencari daun palas yang dilaporkan hilang di kawasan bekas kuari Sungai Batu Pahat dekat sini semalam ditemui mati tidak jauh dari tapak kuari itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mayat Che Din Che Pi, 75, ditemui polis terbaring di dalam belukar pukul 8.25 pagi.

Menurutnya, warga emas itu telah keluar mencari daun palas untuk dijual pukul 11 pagi semalam namun disedari hilang oleh anggota keluarganya selepas tidak pulang ke rumah sehinga pukul 5 petang.

Katanya gerakan mencari dilakukan oleh penduduk selepas disedari hilang namun mereka gagal mengesan mangsa sehingga pukul 7 petang, lalu melaporkannya kepada polis.

Abdul Rahman berkata, polis melancarkan gerakan mencari sebaik menerima laporan dengan dibantu oleh pasukan Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan penduduk kampung.

Bagaimanapun gerakan mencari warga emas itu dihentikan pukul 11.30 malam kerana cuaca gelap dan disambung semula pukul 8 pagi tadi.

Beliau berkata, gerakan mencari diteruskan pukul 8 pagi dan mayat lelaki bekas pekerja balak itu ditemui 25 minit kemudian.

Abdul Rahman berkata, mangsa kebiasaannya pulang pukul 3 petang setiap kali memasuki kawasan hutan itu bagi mencari daun palas untuk dijual.

Lelaki itu dikatakan seorang yang amat mahir di dalam kawasan itu dan menjadikan daun palas sebagai punca rezekinya.

Beliau memasuki kawasan itu dengan menunggang motosikal dan semasa gerakan mencari, motosikalnya telah ditemui di kawasan kuari dan beberapa ikatan daun palas turut ditemui di beberapa lokasi.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat namun polis menolak kemungkinan kematiannya disebabkan perbuatan khianat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pelajar Lemas Dalam Tali Air

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain