suria

Pelajar Lemas Dalam Tali Air

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kok Lanas di sini ditemui lemas dalam tali air Kemubu tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Mohd Azmi Osman berkata, mayat Mohd Faris Mahadi, 17, ditemui 500 meter dari tempat dia dilaporkan hilang semasa sedang mandi.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan petang ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain