suria

Ibu Rayu Anak Dipulangkan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita merayu supaya anak lelakinya berusia lima tahun dikembalikan selepas dipercayai dilarikan oleh seorang ahli keluarganya dari rumah pengasuh di Puchong di sini Sabtu lepas.

Chin Pooi Kei, 23, berkata, dia mendapat maklumat mengenai kehilangan anak lelakinya, Siaw Zhen Wei, setelah dihubungi oleh pengasuh apabila anaknya itu tidak dikembalikan selepas tiga hari diambil oleh ahli keluarga berkenaan.

"Saya bimbang keselamatan Zhen Wei kerana dia masih kecil dan manja dengan saya. Anak saya tinggal bersama penjaga setiap hari dan saya akan melawat Zhen Wei seminggu sekali dan biasanya akan membawanya pulang ke rumah apabila saya cuti atau penjaganya ada hal," kata Chin, peniaga barang-barang aksesori wanita.

Beliau telah membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini semalam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain