suria

Australia Buka Pos Kastam, Perlindungan Sempadan Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Australia di sini hari ini membuka secara rasmi Pos Kastam dan Perkhidmatan Perlindungan Sempadan bagi meningkatkan keberkesanannya dalam mencegah kegiatan penyeludupan manusia di rantau ini.

Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Penny Wiliams berkata, sejak sekian lama negaranya dan Malaysia bekerjasama rapat dalam memperkukuhkan kerjasama keselamatan di Asia Tenggara dan pembukaan pos tersebut akan mengeratkan lagi kerjasama itu.

Beliau berkata, majlis perasmian pos itu dihadiri para pegawai kastam dan perlindungan sempadan Australia serta pegawai kanan agensi berkenaan dari Malaysia dan kedutaan lain.

"Pegawai yang mengendalikan pos ini akan bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Polis Diraja Malaysia dalam melindungi integriti dan keselamatan sempadan Malaysia," katanya.

Beliau berkata, selain memberi fokus terhadap usaha membanteras kegiatan penyeludupan manusia, pos berkenaan juga terlibat dalam usaha mencegah kegiatan keganasan dan pencerobohan sempadan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain