suria

Warga Nepal Maut Dirempuh Kereta

IPOH: Seorang lelaki warga Nepal terbunuh apabila basikal yang ditunggungnya dirempuh oleh sebuah kereta di Km 5 Jalan Simpang-Ayer Tawar, Lumut, kira-kira 110 km dari sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Supritendan Shaharuddin Abdullah berkata, Ramkishor Shahani, 31, terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 7.19 malam itu akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, Ramkishor yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang, meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian semasa menerima rawatan di Hospital Sri Manjung.

Katanya, Ramkishor dipercayai sedang melintas di satu simpang untuk pulang ke rumah sewanya apabila dia dirempuh oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA

Artikel Lain