suria

Tak Perlu Tergesa-Gesa Adakan Pilihan Raya: Taib

PUSA (Sarawak): Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam tempoh masa terdekat.

Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, beliau akan mengumumkan perkara itu apabila tiba masanya.

"Belum ada ilham... banyak masa lagi, saya tidak suka membuat kejutan. Seperti pilihan raya yang lalu, sampai masanya saya akan umumkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program peningkatan pendapatan rakyat peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Tempoh akhir untuk Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2011.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak yang terdiri daripada empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi 62 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. - BERNAMA

Artikel Lain