suria

Seorang Pelajar Ditahan Berhubung Kes Serang Rakan Sekelas

KUCHING: Polis Kuching menahan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor di Stampin di sini berhubung kes serangan ke atas seorang pelajar sekelasnya, Winstien Baleng, oleh sekumpulan empat remaja lelaki di kantin sekolah itu Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supritenden Pauzi Bujang hari ini berkata pelajar lelaki berumur 14 tahun dari Taman Desa Bumiko, Batu Kawa di sini ditahan untuk membantu siasatan kes itu.

"Setakat ini polis telah mengenal pasti dua daripada "penyerang" berkenaan, semuanya orang luar berumur 14 tahun termasuk seorang bekas pelajar sekolah itu, yang sebelum ini telah dibuang dari sekolah itu," katanya pada sidang media di sini.

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh Winstien, 14, katanya siasatan awal polis mendapati kejadian itu bermula apabila mereka pergi ke sekolah itu untuk mencari Winstien selepas dia disyaki melaporkan kepada guru penyelia petang bahawa beberapa rakan sekelasnya ponteng.

Dilaporkan akibat serangan itu, Winstien mengalami kecerderaan di mata kiri selepas kepalanya dihentak ke meja oleh empat penyerangnya itu dan kini takut untuk pergi ke sekolah.

Pauzi berkata laporan lengkap siasatan kes itu kelak akan diserahkan kepada peguam kanan persekutuan untuk tindakan lanjut kerana ia melibatkan juvana. - BERNAMA

Artikel Lain