suria

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Bersambung Hari Ini

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersambung hari ini di Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.30 pagi.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

Anwar diwakili tujuh peguam yang diketuai Karpal Singh.

Selain Karpal Singh, Anwar juga diwakili peguam Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S. N. Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando.

Beliau yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI...

Artikel Lain