suria

Kes Liwat: Prosiding Ditangguh Esok

KUALA LUMPUR: Hari kedua perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditangguh pada 4.25 petang tadi.

Prosiding hari ketiga akan disambung esok pada jam 9.30 pagi dengan menyaksikan pengadu menyambung keterangan dan pihak pembelaan dan pendakwa akan melawat tempat kesalahan didakwa berlaku sekali lagi.

Sebelum itu, kira-kira jam 4.00 petang, pekarangan mahkamah mula dipenuhi dipenuhi dengan lebih 50 orang penyokong Anwar dan wakil media yang menunggu prosiding selesai.

Terdahulu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Norila Mohd Daud yang mendapat aduan daripada beberapa wartawan bertugas mengenai masalah apabila tidak dibenarkan naik ke tingkat lima untuk ke pusat media melawat tempat kejadian.

Kekecohan itu bagaimanapun dapat diatasi apabila Pegawai Penjaga Mahkamah Supritendan R.Munusamy campur tangan dalam masalah berkenaan.

Beliau kemudiannya menjelaskan kepada pemberita bahawa wujud salah faham.

Norila melahirkan rasa puas hati dan terima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh Munusamy dalam memudahkan tugas wartawan membuat liputan di kompleks mahkamah itu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Artikel Lain