suria

Kastam Patahkan Cubaan Seludup Rokok RM 1 Juta

KOTA BHARU: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup 33,156 kartun rokok bernilai lebih RM1 juta di Kampung Parit, Limbat, dekat sini, semalam.

Pengarah Kastam Negeri, Salleh Mohamed berkata, rampasan itu merupakan yang terbesar setakat tahun ini dilakukan oleh 18 anggota bahagian penguatkuasanya yang melakukan intipan selama tiga jam di sebuah rumah kedai di kampung itu.

Bagaimanapun katanya, tiada tangkapan dibuat kerana suspek tidak berada di rumah kedai itu yang dipercayai disewa oleh penyeludup.

"Nilai cukai terlibat ke atas barang rampasan itu sebanyak RM2.2 juta," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Salleh berkata, rokok merupakan larangan import dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali ganda daripada jumlah duti terlibat atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Artikel Lain