"Beri Saya Peluang Bela Diri" - Anwar - Semasa | mStar

"Beri Saya Peluang Bela Diri" - Anwar

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon diberi peluang untuk membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Anwar berkata beliau berhak untuk berdepan dengan sistem mahkamah yang adil tanpa masyarakat membuat tuduhan melulu terhadapnya.

"Dalam kes ini sudah ada pertuduhan, jadi biarlah saya membela diri.

"Biar saya diberi kebenaran untuk berdepan dengan sistem kehakiman mahkamah yang adil," katanya semasa ditemui wakil-wakil media selepas selesai prosiding hari kedua petang tadi.

Mahkamah Tinggi semalam digemparkan dengan dakwaan Mohd. Saiful bahawa beliau diajak melakukan hubungan seks di luar tabii dengan ketua pembangkang itu.

Mohd Saiful, 24, yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata, kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Komunikasi PKR, Johnson Chong kerana telah membuat laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu hari ini mengenai perbicaraan kes itu.

"Kenyataan Utusan Malaysia hari ini tidak ada langsung direkodkan sama ada dalam simpanan kita, rekod pendakwa atau pun rekod mahkamah. Jelas itu satu fitnah," ujarnya.

Sebelum itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon kepada mahkamah supaya bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Permohonan itu telah menyebabkan hakim menangguhkan perbicaraan selama lima minit bagi membolehkannya membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembela Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Sementara itu, Karpal Singh menyifatkan laporan Utusan Malaysia hari ini sebagai melangkaui laporan yang bertanggungjawab.

Sambil menekankan perkataan 'lagi' pada tajuk utama laporan itu sebagai tidak tepat, beliau menegaskan perkataan itu tidak digunakan oleh saksi dalam prosiding mahkamah.

"Saksi (Mohd Saiful) tidak bercakap demikian. Saya percaya ia suatu laporan yang tidak bertanggungjawab. Kami perlu mengambil tindakan atau mereka akan lebih berani berbuat demikian lagi," tegasnya.

Hari kedua perbicaraan kes itu ditangguh pada 4.25 petang tadi.

Prosiding hari ketiga akan disambung esok pada jam 9.30 pagi dengan pihak pembela dan pendakwa akan melawat tempat kejadian didakwa berlaku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,500 Batang Balak Disita Di Selangor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain