15 'Bapa Angkat' Sertai Program Di Kedah Mulai Esok - Semasa | mStar

15 'Bapa Angkat' Sertai Program Di Kedah Mulai Esok

ALOR SETAR: Selama tiga hari mulai esok suasana di Kedah menjadi amat sibuk dan padat dengan pelbagai program Juara Rakyat peringkat negeri yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabtu ini.

Seramai 15 'bapa angkat' bahagian-bahagian Umno terdiri daripada tiga Naib Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti akan bersama rakyat dalam program berasingan di peringkat bahagian yang telah disusun-atur.

Program bermula dengan pelancaran daftar pemilih Pergerakan Pemuda Umno Malaysia oleh Naib Presiden merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Shafie Apdal di padang pekan Simpang Empat, Kerpan pukul 5 petang esok.

Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin yang turut hadir akan bersama masyarakat pelbagai kaum di Dewan Sekolah Menengah Hutan Kampung pada sebelah malam.

Menurut jadual yang dikeluarkan Umno Kedah hari ini, program Juara Rakyat akan dirasmikan Muhyiddin di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang pukul 11 pagi, dijangka dihadiri lebih 10,000 orang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mempunyai aturcara jadual yang padat termasuk bertemu warga pendidik seluruh Kubang Pasu dan beramah mesra dengan masyrakat Kota Siputeh pada sebelah petang.

Program Juara Rakyat dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Rawang, Selangor, 9 Januari lepas sebagai tanda Umno menerima isyarat daripada rakyat supaya kembali mendampingi rakyat selepas ditolak pada pilihan raya umum ke-12.

Naib-naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Shafie dan ahli-ahli MKT pula menyertai majlis berasingan bersama rakyat di peringkat bahagian pada Sabtu.

Hishammuddin akan melancarkan program Juara Rakyat Umno Baling di Dewan Tun Abdul Razak dan melawat Ibu Pejabat Polis Baling manakala Ahmad Zahid bersama rakyat di Sik dan Shafie melancarkan program Juara Rakyat Parlimen Pendang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, program itu bertujuan memberi ruang kepada pemimpin memahami pelbagai perkara yang menyentuh hati nurani rakyat selain mendekatkan hubungan kedua-dua pihak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain