suria

Dua Lagi Suspek Seludup Pasir Ditahan SPRM

IPOH: Dua lagi suspek ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak bagi membantu siasatan kes penyeludupan pasir.

Lelaki-lelaki berusia 50 dan 52 tahun itu ditahan berasingan petang semalam.

Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi hari ini membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lima hari kedua-dua lelaki terbabit sehingga 7 Feb ini.

Jurucakap SPRM berkata, kedua-dua suspek itu adalah penjawat awam yang bertugas di Kuala Kangsar.

"Seorang bertugas di Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan seorang lagi di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Kangsar," katanya.

SPRM Perak sebelum ini menahan empat suspek berhubung siasatan penyeludupan pasir dan dua daripada mereka sedang menghadapi perbicaraan.

Bulan lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull mengumumkan penangkapan 34 orang di lima negeri kerana disyaki terbabit dalam aktiviti mencuri dan menyeludup pasir. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain