suria

Sabah Tuan Rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53

KOTA KINABALU: Sabah akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53 bermula 29 Jun hingga 3 Julai ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

Beliau berkata majlis itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari pertama dan akan ditutup rasmi oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah.

"Penghormatan kepada Sabah untuk menjadi tuan rumah ini merupakan kali ketiga. Kita pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1989 dan 2000," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53 di sini.

Musa berkata pelbagai program akan diadakan sempena majlis tilawah yang bertema "Memantap Ukhuwah, Memperkasakan Ummah" dan dijadual berlangsung di Dewan Perdana Wisma Muis itu.

Antaranya ialah pameran perkembangan Islam di Sabah, kaligrafi, penulisan Al-Quran, pameran buku, pameran barang-barang artifak dan jualan barangan serta produk halal, katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

7 Kaki Sabung Ayam Ditahan Polis

Artikel Lain