KUALA LUMPUR: Walaupun laman web rasmi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 'My-Malaysia-Muhyiddin Yassin untuk Malaysia' baru sahaja dilancarkan dua hari lepas, jumlah pelawat ke laman itu setakat pukul 11 malam ini sudah mencecah lebih 7,000 orang.Menurut laman web itu, ia menunjukkan penerimaan dan kesediaan rakyat untuk berinteraksi, memberi pandangan serta mendapat maklum balas daripada Muhyiddin. Laman web www.my-malaysia.com.my itu turut memaparkan liputan berita dalam dan luar negara mengenai pembabitan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, galeri video, koleksi ucapan serta pautan ke laman-laman web utama kerajaan. - BERNAMA