Wilayah Persekutuan Sasar Basmi Miskin Tegar Akhir Tahun Ini - Semasa | mStar

Wilayah Persekutuan Sasar Basmi Miskin Tegar Akhir Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar meletakkan sasaran untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh Wilayah Persekutuan (WP) menjelang akhir tahun ini, kata menteri berkenaan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, bagi tujuan itu pihaknya kini giat melatih 148 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan 390 KIR miskin di Kuala Lumpur dan Labuan dengan kemahiran membuat kraftangan, jahitan dan ilmu keusahawanan bagi membolehkan mereka bekerja sendiri atau diupah oleh majikan.

"Kementerian juga telah mengeluarkan lesen-lesen penjaja kepada golongan miskin tegar dan miskin serta memberikan khidmat nasihat dan kursus bagi membolehkan mereka menjadi penjaja yang tulen," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara, di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata, selain usaha pembasmian kemiskinan, tumpuan turut dilakukan terhadap penambaikan dan peningkatan infrastruktur khususnya di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat di bandar supaya lebih indah, selesa dan selamat, pelbagai usaha penambaikan telah dijalankan di Hentian Puduraya iaitu dengan membina laluan pejalan kaki berbumbung, jejantas dan mewujudkan sistem bas yang lebih teratur manakala di Putrajaya pula sistem 'park and ride' kini dalam peringkat kemaskini," katanya.

Raja Nong Chik berkata, kebajikan 87 ribu warga Labuan juga tidak dilupakan apabila kerajaan menerusi Perbadanan Labuan kini giat melaksanakan beberapa projek baru dan sambungan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah itu.

"Antara projek itu ialah menjadikan Labuan sebagai hab pengedaran Halal, pembinaan gerai makan di Kampung Lubok Temiang dan dua blok pangsapuri untuk menempatkan penduduk setinggan di Kampung Sungai Bangat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain