suria

Sistem AES Bagi Mengesan Pesalah Lalu Lintas Dilulus Kabinet

JOHOR BAHARU: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang direka bagi mengesan pesalah lalu lintas telah diluluskan Kabinet.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata AES akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

"Saya gembira kita akan teruskan sistem itu (AES) selepas dikaji selama beberapa tahun. Memang ada bantahan di peringkat awal terhadap sistem itu oleh pihak tertentu, menyebabkan berlaku kelewatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pengangkutan Jalan di sini hari ini.

AES yang digunakan dengan meluas di negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, pada asasnya merupakan sistem di mana kamera dipasang di kawasan-kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah.

Dianggarkan 3,000 kamera akan dipasang di seluruh negara dengan lokasinya sudahpun dikenalpasti oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institiut Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

"Sebab berlaku kemalangan jalan raya di negara ini, pada purata 7,000 setahun, ialah kelajuan dan jika kita dapat mengurangkan kelajuan di lebuh raya dan jalan-jalan utama, maka kita mungkin dapat mengurangkan angka itu," ujar beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain