suria

Firefly Tambah Penerbangan Semasa Cuti Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Firefly menawarkan penerbangan tambahan bagi laluan Subang-Alor Setar-Subang dan Singapura-Ipoh-Singapura untuk memenuhi permintaan semasa cuti Tahun Baru Cina.

"Penerbangan tambahan semasa cuti Tahun Baru Cina meliputi laluan Singapura-Ipoh pada 9,11,12,13,16,17 dan 21 Februari dan laluan Subang-Alor Setar pada 13 Februari," kata ketua pemasaran dan komunikasinya Angelina Fernandez dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan tambahan Singapura-Ipoh-Singapura sudah mula dijual sejak Okt tahun lepas.

Maklumat lanjut boleh didapatkan di www.fireflyz.com.my atau telefon pejabat Firefly di lapangan terbang dan pejabat tiket bandaraya atau pejabat tiket Penerbangan Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain