suria

Polis Tahan 21 Pengunjung Pusat Hiburan Haram Yang Positif Dadah

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan haram di Jalan Loke Yew di sini awal pagi ini dan menahan 21 daripada 41 pengunjungnya yang didapati positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Superintenden Sharifah Hawariah Syed Idrus berkata semua mereka yang berumur antara 20 dan 45 tahun itu kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan.

Beliau berkata polis turut menemui pelbagai jenis dadah seperti Eramin 5, ekstasi, syabu dan ganja bertaburan di lantai pusat hiburan berkenaan dalam serbuan kira-kira pukul 4.15 pagi itu.

"Pemeriksaan juga mendapati premis itu tidak mempunyai lesan yang sah untuk menjalankan perniagaan mereka," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Lain