suria

Pemuda Ditemui Mati Lemas Di Port Dickson

PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.

"Siasatan awal mendapati Siow yang menginap di sebuah hotel di sekitar kawasan itu dipercayai mandi bersendirian di laut awal pagi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat Siow yang dihantar ke Hospital Port Dickson di sini untuk dibedah siasat sudah dituntut oleh anggota keluarganya. - BERNAMA

Artikel Lain